Langkau ke kandungan dasar
myhitec.myHalal Information Gateway

MYHITEC · DASAR & TANGGUNGJAWAB

Dasar Privasi

Cara maklumat dikumpul, digunakan, diuruskan, disimpan, dilindungi dan dirujuk melalui myhitec.my.

Tarikh penyediaan:

01PENGENALAN

myhitec.my merupakan gerbang informasi digital yang menyediakan kemudahan capaian kepada maklumat, direktori, rujukan dan perkhidmatan berkaitan ekosistem halal Malaysia.

Pengendali menghormati privasi pengguna dan komited untuk mengambil langkah yang munasabah bagi melindungi kerahsiaan, integriti dan keselamatan maklumat peribadi yang diproses melalui platform ini.

Dasar ini bertujuan memberikan ketelusan berhubung penggunaan maklumat serta tanggungjawab pihak yang berkaitan dalam pengurusan data.

02AKSES PENGGUNA AWAM

Pengguna awam boleh mengakses maklumat dan perkhidmatan terbuka melalui myhitec.my tanpa perlu mendaftar akaun atau melakukan log masuk.

Tiada keperluan untuk mengemukakan maklumat pengenalan peribadi semata-mata bagi tujuan carian dan semakan maklumat awam.

Analitik lawatan tambahan menggunakan pengenal pelayar untuk lokasi anggaran rangkaian, kategori peranti, domain rujukan, modul dan masa aktif. Laporan agregat terhad kepada Super Admin; rekod terperinci disimpan 90 hari dan dibersihkan semasa pengumpulan seterusnya. Analitik ini tidak menyimpan IP, nama, emel atau kandungan sijil. Pilihan untuk melumpuhkannya tersedia dalam Dasar Kuki. Walau bagaimanapun, sistem mungkin merekodkan maklumat teknikal asas seperti alamat IP, jenis pelayar, masa akses dan log keselamatan bagi tujuan operasi, penyelenggaraan serta perlindungan sistem.

03SUMBER DATA DAN MAKLUMAT HALAL

Platform ini menggunakan maklumat terbuka dan rujukan yang diterbitkan oleh pihak berkuasa berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Portal Halal Malaysia, Direktori Halal Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Maklumat yang dipaparkan atau dipautkan adalah bertujuan memudahkan carian dan rujukan pengguna kepada maklumat berkaitan halal, pensijilan, pengiktirafan, premis, rumah sembelih dan perkara berkaitan.

Sebahagian maklumat mungkin disediakan dalam bentuk kompilasi, pautan, salinan rujukan atau rekod yang dikemas kini secara berkala.

Pengguna hendaklah menyemak portal rasmi JAKIM, DVS atau pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan pengesahan terkini dan muktamad.

Sekiranya berlaku percanggahan, maklumat rasmi terkini daripada pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah dijadikan rujukan utama.

Paparan maklumat daripada sesuatu agensi tidak semestinya bermaksud agensi tersebut merupakan pengendali atau pemberi pengesahan kepada platform ini.

04LOG MASUK PENGURUSAN HALAL

Kemudahan log masuk Pengurusan Halal terhad kepada individu yang diberikan akses login.

Akses adalah terhad kepada fungsi dan tanggungjawab yang dibenarkan.

Pengguna dalaman bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat, keselamatan akaun dan tidak mendedahkan data kepada pihak yang tidak dibenarkan.

Pengendali boleh menyekat atau menarik balik akses apabila terdapat risiko keselamatan, penyalahgunaan atau keperluan pentadbiran yang sah.

05MODUL HALAL PROFESSIONAL

Modul Halal Professional disediakan sebagai kemudahan tambahan untuk pengurusan profil profesional, identiti digital dan verifikasi maklumat profesional halal.

Maklumat asas profesional halal menggunakan rekod rujukan yang tersedia dalam sistem serta maklumat yang dikemukakan sendiri oleh individu berkenaan. Semakan muktamad hendaklah dibuat terhadap rekod rasmi JAKIM.

Penggunaan maklumat ini bertujuan:

a. Memudahkan proses verifikasi identiti dan status profesional halal.

b. Memudahkan semakan maklumat profesional.

c. Menyediakan rekod rujukan digital yang lebih tersusun.

d. Menyokong pengemaskinian profil dan kompetensi.

e. Menyediakan rekod sandaran bagi menyokong rujukan kepada data masa nyata, tertakluk kepada kebenaran dan dasar pengurusan rekod yang berkenaan.

Penyertaan dan penggunaan myhitec.my oleh profesional halal adalah secara sukarela.

Tiada paksaan dikenakan kepada mana-mana profesional halal untuk menggunakan platform ini.

Ketidakgunaan platform tidak dengan sendirinya menjejaskan status, kelayakan atau pengiktirafan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sebarang rekod sandaran bukanlah pengganti automatik kepada rekod rasmi terkini JAKIM.

06JENIS MAKLUMAT PERIBADI

Bergantung pada fungsi yang digunakan, maklumat yang diproses mungkin merangkumi:

  • Nama dan maklumat identiti profesional
  • Alamat emel dan maklumat perhubungan
  • Gambar profil
  • Nombor rujukan profesional
  • Maklumat organisasi atau pekerjaan
  • Rekod kelayakan, latihan dan kompetensi
  • Rekod pengesahan akaun
  • Rekod akses dan aktiviti sistem
  • Maklumat lain yang diperlukan bagi fungsi dibenarkan

Pengumpulan dan pemprosesan hendaklah dihadkan kepada maklumat yang diperlukan bagi tujuan berkaitan.

Fungsi pilihan boleh memproses lokasi peranti dengan kebenaran pelayar, imej yang diambil atau dimuat naik untuk semakan logo, dan soalan yang dihantar kepada HAAI. Elakkan memasukkan maklumat peribadi yang tidak diperlukan dalam soalan atau imej.

07PENGURUSAN DAN KAWALAN DATA

Akses kepada data peribadi profesional halal dikawal mengikut peranan pentadbir dan kebenaran pengguna yang ditetapkan dalam sistem.

Akses kepada data peribadi adalah terhad dan tidak dibenarkan kepada pihak yang tidak berkepentingan.

Maklumat peribadi tidak boleh dijual, diperdagangkan atau digunakan bagi tujuan pemasaran tanpa asas dan kebenaran yang sah.

Sekiranya perkhidmatan teknikal pihak ketiga digunakan, penglibatan mereka hendaklah tertakluk kepada arahan, kawalan, kerahsiaan dan syarat keselamatan yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab.

08PENGEHOSAN, PENYIMPANAN DAN KESELAMATAN DATA

Platform menggunakan perkhidmatan pengehosan, pangkalan data dan penyimpanan fail untuk mengendalikan maklumat. Lokasi fizikal penyimpanan dan tahap pensijilan infrastruktur tidak dinyatakan dalam dasar ini.

Pengendali berusaha memastikan kawalan akses, perlindungan komunikasi, keselamatan pangkalan data dan pengurusan rekod dilaksanakan secara munasabah berdasarkan keperluan teknikal sistem.

Maklumat peribadi diuruskan di bawah kawalan pihak yang diberi kuasa dan tidak didedahkan kepada pihak tidak berkepentingan tanpa asas atau kebenaran sah.

Walau bagaimanapun, tiada sistem digital boleh dijamin sepenuhnya bebas daripada gangguan, kehilangan data atau ancaman keselamatan siber.

09BENCANA, GANGGUAN TEKNIKAL DAN KEADAAN LUAR KAWALAN

Pengendali berusaha mengekalkan keselamatan, ketersediaan dan kesinambungan perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, kejadian luar jangka termasuk bencana alam, banjir, kebakaran, kegagalan bekalan elektrik, kerosakan perkakasan, kegagalan sistem pangkalan data, gangguan rangkaian, insiden keselamatan siber atau gangguan teknikal penyedia infrastruktur yang berada di luar kawalan munasabah pengendali mungkin menjejaskan operasi sistem.

Kejadian tersebut boleh menyebabkan gangguan capaian, kelewatan pemprosesan, kehilangan sementara ketersediaan maklumat atau kerosakan data.

Pengendali akan berusaha mengambil tindakan pemulihan yang munasabah mengikut keupayaan teknikal, sumber yang tersedia serta kerjasama penyedia perkhidmatan berkaitan.

Setakat yang dibenarkan undang-undang, pengendali tidak bertanggungjawab atas gangguan atau kerugian yang berpunca semata-mata daripada keadaan yang berada di luar kawalan munasabahnya.

Peruntukan ini tidak mengecualikan kewajipan atau tanggungjawab yang tidak boleh dikecualikan menurut undang-undang yang terpakai.

10PERKONGSIAN DAN PENDEDAHAN MAKLUMAT

Maklumat peribadi tidak akan didedahkan kepada pihak yang tidak dibenarkan.

Sebarang perkongsian maklumat hendaklah berdasarkan fungsi yang sah seperti pengesahan rekod, pentadbiran yang dibenarkan, keselamatan sistem atau pematuhan keperluan undang-undang.

Bagi paparan Digital ID dan fungsi verifikasi, hanya maklumat minimum yang diperlukan untuk tujuan pengesahan boleh didedahkan mengikut tahap akses yang dibenarkan.

11KETEPATAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT

Pengendali berusaha mengekalkan ketepatan maklumat.

Walau bagaimanapun, sesetengah maklumat yang dipaparkan mungkin tidak mencerminkan perubahan masa nyata disebabkan penyelarasan, kemas kini atau gangguan kepada sumber asal.

Maklumat rasmi terkini daripada pihak berkuasa berkenaan hendaklah diutamakan.

12TEMPOH PENYIMPANAN DATA

Maklumat peribadi hendaklah disimpan sepanjang tempoh yang diperlukan bagi fungsi yang dibenarkan serta tertakluk kepada dasar penyimpanan rekod, keperluan pentadbiran dan undang-undang berkaitan.

Data yang tidak lagi diperlukan hendaklah dilupuskan atau dinyahkenal pasti mengikut kaedah yang sesuai.

13HAK PENGGUNA

Pengguna boleh mengemukakan permohonan berkaitan semakan atau pembetulan maklumat peribadi mereka.

Pengguna juga boleh meminta penjelasan berhubung penggunaan dan penyimpanan data mereka atau memohon penamatan penyertaan sukarela tertakluk kepada keperluan perundangan dan dasar penyimpanan rekod.

Sebarang pindaan kepada rekod asal yang dikendalikan oleh JAKIM hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap rekod tersebut.

14KUKI DAN TEKNOLOGI PELAYAR

Platform mungkin menggunakan kuki atau teknologi penyimpanan pelayar untuk fungsi teknikal, keselamatan dan pengesahan pengguna.

Maklumat lanjut diterangkan dalam Dasar Kuki.

Baca Dasar Kuki →

15PAUTAN DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

Platform mungkin mengandungi pautan atau integrasi kepada portal rasmi, sistem pengesahan identiti, perkhidmatan peta atau platform pihak ketiga.

Penggunaan perkhidmatan luar boleh tertakluk kepada dasar privasi dan peraturan pihak berkenaan.

Apabila analisis awan pengimbas logo dikonfigurasikan dan digunakan, imej dihantar melalui pelayan kepada Google Cloud Vision. Apabila mod AI OpenAI dikonfigurasikan dan digunakan, soalan serta konteks perbualan berkaitan boleh dihantar kepada OpenAI. Peta memuatkan jubin OpenStreetMap; kandungan Facebook dan log masuk Google melibatkan sambungan kepada penyedia berkenaan. Apabila padanan telefon Google Maps diaktifkan, nama dan alamat premis dihantar melalui pelayan kepada Google Places API. Carian ini tidak menghantar lokasi GPS pengguna atau nombor telefon daripada rekod direktori. Pemprosesan oleh Google tertakluk kepada Dasar Privasi Google.

16PINDAAN DASAR

Dasar ini boleh dipinda dari semasa ke semasa bagi menyesuaikan perubahan teknologi, operasi, perundangan dan keperluan pentadbiran.

17PERTANYAAN

Untuk permohonan berkaitan akaun atau pembetulan maklumat, hubungi pentadbir yang menguruskan akses anda melalui saluran hubungan yang telah diberikan kepada anda. Pertanyaan tentang rekod rasmi JAKIM atau DVS hendaklah dirujuk kepada agensi yang bertanggungjawab.

Dasar Privasi Google ↗

Whatsapp JAKIM