Penjelasan penuh
Tular satu video di media sosial berkenaan dengan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel produk coklat Cadbury iaitu Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Coklat Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Untuk makluman pengguna, ini adalah merupakan isu yang berulang dan kenyataan media berkaitan isu ini telah dibuat oleh JAKIM pada 24 Mei 2014: https://www.islam.gov.my/ms/kenyataan-media/353-kenyataan-media-kp-jakim-berkenaan-kenyataan-media-oleh-kementerian-kesihatan- malaysia-mengenai-pengesanan-dna-porcine-dalam-coklat-susu-dengan-kacang-hazel-cadbury-dairy-milk
Terkini, kedua-dua produk coklat Cadbury Dairy Milk ini adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah setelah memenuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. Untuk rekod pada tahun 2023, JAKIM telah melaksanakan pemantauan bagi syarikat pengeluar produk ini.
Oleh itu, para pengguna tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa berwibawa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan halal, pihak JAKIM akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta.

